Thursday, February 26, 2015
Kisah Nur 'Illiyyin: Minggu 1
22 Februari 2015
Alhamdulillah, anak perempuan kami dah off CPAP, cuma perlu sedikit bantuan oksigen memandangkan ada episod 'apnea'.
Ummi ada bawa susu untuk 'Illiyyin tapi 'Illiyyin belum boleh tolerate susu..
23 Februari 2015
10.00AM
Kami suami isteri pergi melawat puteri kami, 'Illiyyin, doktor kata so far so good cuma baby belum boleh tolerate susu. Takpe adik, adik minum susu Ummi slow2. Yang penting adik sihat dan selamat.
Doktor kata nampak kuning sikit, jadi doktor dah mula phototherapy. Patutla anak Ummi bercermin mata, macam Robocop, daddy kata :D
Saya tengok anak perempuan saya cantik sangat walaupun dia kecil, kurus.. Ummi tak sabar nak sembang-sembang dengan adik.
9.00PM
Alhamdulillah, doktor kata dah 3 kali adik minum susu Ummi. Lepas ni boleh minum banyak-banyak bagi cepat sihat dan naik berat badan k..
24 Februari 2015
12.00PM
Feeding baby ok so far alhamdulillah, takde kembung perut atau lain-lain masalah. Sekarang tengah tunggu bowel movement dia. In the meantime, baby dah start phototherapy, jaundice baby 198. Baby nampak relax sangat, macam berjemur bawah matahari hehe :D
Berat baby dah menurun sikit, dari 1.42kg jadi 1.25kg. Ini memang perkara biasa untuk mana-mana baby, so tak risau sangat.
Dan yang happynya, masa tanya doktor "possible tak nak mintak tukar hospital?" Doktor kata possible provided hospital yang nak dituju tu ada kelengkapan semuanya untuk baby pramatang.
Satu lagi good news, baby is negative from GBS. Alhamdulillah.. kalau tak lagi senang dapat infection and so on.
Untuk harini, Ummi hantar 2 oz susu dalam 2 bekas supaya senang adik nak menyusu dan tak membazir.
25 Februari 2015
11.00AM
Harini Ummi happy sangat sebab masa Ummi sampai, Ummi tengok 'Illiyyin dah off phototherapy, dah tak dependent on oxygen, yang paling best dah boleh tengok muka comel 'Illiyyin. Comel sangat. 'Illiyyin banyak ikut muka daddy. Mesti lawa dah besar nanti ;)
Doktor kata 'Illiyyin dah minum 4cc, petang nanti kalau 'Illiyyin okay, nak naikkan jadi 5cc pulak. Alhamdulillah thummalhamdulillah. Doktor kata 'Illiyyin dah berak jugak.
Untuk pagi ni, Ummi hantar 2oz susu dulu, selebihnya Ummi buat stok :)
Ini stok susu perahan semalam, baru masuk freezer pkl 9am tadi. Nurse dah pesan, "jangan lupa perah especially waktu malam dari 12am - 6am sebab masa tu hormon tengah tinggi. Kalau tak biasakan, nanti lama-lama susu jadi kurang.
26 February 2015
11.00AM
Waktu kami sampai NICU, suami pergi simpan susu, bila suami datang kat saya, suami kata "itu je susu untuk 'Illiyyin, susu yang kita bawak tadi." Dah 7cc rupanya dia minum sekarang dan 3 jam sekali. Nurse kata nanti datang lagi kena bawak sekurang-kurangnya 3 bekas. Apa lagi, Ummi kerapkan sesi mengepam dari 3 jam sekali jadi 2 jam sekali. Sekarang kena melekap dengan pam je la jawabnya.
Setakat pukul 4.30 pm tadi, dah cukup 3 bekas, total 7oz (lebih kurang 140ml). Sebab lepas ni 'Illiyyin akan minum lebih lagi. Kalau takde masalah, volume susu akan tambah 1cc setiap kali lepas 3 percubaan.
Untuk stok susu kat rumah pulak, untuk harini, tangkapan dapat sebanyak 13oz menjadikan jumlah semuanya setakat 3 hari ialah 35oz. Alhamdulillah semoga Ummi dapat simpan stok banyak lagi untuk 'Illiyyin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment