Monday, February 9, 2015

Apa yang dicari dalam sebuah perkahwinan?

Apa yang dicari dalam sebuah perkahwinan?
Jika kesempurnaan, kau takkan pernah jumpa.
Jika kebebasan, ikatan akan sentiasa membelenggu.
Jika kebahagiaan, benarkah hanya dalam perkahwinan ia tersimpan?
Jika penghormatan, sediakah kau dengan bayaran?
Ia satu perjalanan, yang sentiasa berubah haluan,
kerana tidak sama, semalam hari ini dan masa depan.

Apa yang paling mahal dalam perkahwinan?
Bukan mahar atau hantaran,
tapi keikhlasan dan kejujuran.
Sungguh tak semua mampu,
menjunjung amanah di bahu,
kerana manusia tiada daya seribu.

Lantas mana hendak dituju
Bagaimana memujuk hati yang satu
Di waktu ia retak seribu
Terhentak dek ujian bertalu-talu
Sungguh.. janji Tuhan takkan termungkiri
Kerana Dia yang menguasai
Alam dan seluruh isi
Di sini dan dunia hakiki


10 Februari 2015




No comments:

Post a Comment