Sunday, February 22, 2015

Kelahiran Puteriku

19 Februari 2015

Sebelum bertolak ke Ipoh, sempat mengemas rumah, basuh bilik air, mesin kain, lipat kain, susun barang-barang yang bersepah, vacuum rumah.. lepas semua dah siap, kitorang pun mulakan perjalanan ke Ipoh. 

Masa dalam kereta, rasa loya2, bila suami berhenti kat Petronas untuk isi angin tayar, sempat pergi muntah sekejap..

Memandangkan semua orang pun tak sarapan lagi and nak jalan jauh, kitorang berhenti kat Subway untuk beli bekal.. orang dah mula ramai and ingredients pun banyak yang dah habis.. settle beli Subway, kitorang teruskan perjalanan..

Sambil2 scroll Instagram, ada orang update yang traffic menghala ke Rawang sesak dari Tol Jalan Duta.. sah! Banyak sgt kereta.. and memang slow bergerak.. Perjalanan yang biasanya ambik masa 2 - 2 jam setengah jadi 5 jam lebih.. nak2 pulak ibu mengandung ni bladder cepat penuh, tapi nak berhenti R&R pun fikir banyak kali sebab orang ramai sangat and kena parking jauh..

Kita pun tahan jela, dengan anak yg duduk dekat riba.. tak sangka rupanya itu antara saat-saat akhir sebelum kita bersalin.. saat akhir memangku Rayyan dengan perut yang memboyot..

Sampai je kat pagar rumah, hujan lebat sangat, suami kata kita kena jalan laju2.. keluar je pintu kereta, pop! Jalan laju lg.. sampai depan pintu rumah, kaki rasa basah.. ingatkan dah terkencing tapi air tu tak berhenti mengalir.. kita pergi bilik air check, memang kita yakin ni bukan air kencing, ni air ketuban! 

Kita dah panik sebab baru 30 minggu, tak expect beranak seawal ni.. and takut jugak jadi apa-apa kat baby macam masa Rayyan dulu. So terus pergi hospital KPJ Ipoh tapi sebab 30 weeker, diaorang tak ambik case ni and mintak pergi GH. Tapi buat jgk CTG untuk tengok condition baby..

Then terus ke GH, masuk dewan bersalin, doktor check, doktor kata membrane masih intact, air keluar ikut atas, tapi OS dah 4 cm (sama mcm Rayyan dulu), position baby ok, and masa tu estimated weight baby 1.5kg..

Another CTG was done there and then diaorang letak kat wad ABC utk administer ubat, tapi malangnya tak boleh ambik 1 ubat ni sebab tachycardia, jadi diaorang transfer ke labour room untuk administer Mag Sulph (kita difahamkan ubat ni untuk tahan supaya melambatkan atau menghentikan contraction).. masa kat wad ABC tadi, sempat ambik dexa 1 dose.

Doktor-doktor and nurses tanya ada sakit lagi tak, kita kata kita tak sakit, datang sini sebab air ketuban pecah.. tapi bila nurse pegang perut, nurse kata memang ada contraction.. (kita yang tak rasa)

Masa masuk je Mag Sulph tu, fuhh tak sangka ubatnya macam tu, walaupun doktor dah explain effects ubat tu tapi selagi tak rasa memang tak tau.. ubat tu memang buat badan rasa panas, pedih, rasa disoriented, pening semua lah.. 

Lepas dah selesai masuk Mag Sulph yang pekat, sambung dengan volume yg cair, masa ni yang mula rasa sakit contraction.. terus rasa sakit yg 5 minit sekali.. bila bagitau nurse, nurse kata "takde apa.. tapi kalau baby nak keluar jgk, kita nak buat mcm mana.. "

Makin lama sakit makin kuat, dah inform suami, masa tu dah risau macam mana nak tahan sakit tanpa suami kat sebelah.. bila doktor buat VE for the 2nd time, doktor kata OS 5 cm tapi membrane absent, memang kena standby untuk bersalin la.. sampai la satu waktu, sakit jadi 1 minit setengah ke 2 minit sekali.. tanya doktor boleh tak nak panggil suami masuk.. doktor kata boleh. Try call suami, dapat call sekali je sebab dh sakit sangat, badan dah tak larat.. tapi suami tak angkat sebab tertidur.. memang semua keletihan, dari dalam kereta sebab traffic jam dan insiden-insiden selepas tu.. 

20 Februari 2015 

Pukul 12 lebih kita bagitau nurse yang dah ada rasa nak teran, doktor dan nurse kata tahan sekejap sebab nak administer ampicillin.. ingat lagi, masa nak buat line baru (1 line dah ada untuk administer Mag sulph), sakit contraction datang, kita cakap dgn doktor, "sekejap doktor, tengah contraction ni.." haha.. yela, takut tgh restless menahan sakit contraction, kalau masuk jarum masa tu nanti takut tak jadi pulak.. 

Dah habis sakit contraction tu, doktor buat line.. sambil buat line tu sakit contraction datang.. time ni la, semua orang kata tahan jangan teran, bagi masuk ubat ni pun jadi la.. asalnya nak ambik pethidine untuk tahan sakit tapi tak sempat.. jadi ceritanya, sambil masuk ubat sambil tahan nak teran sambil sakit contraction datang 3 kali berturut-turut.. akhirnya plup keluar baby.. tepat pukul 12.40am.. 

Nurse tunjuk jantina baby, baby terus diangkat pergi untuk doktor check.. nurse tunjuk dan tunggu kita sebut girl.. hehe

Lepas tu, keluarlah uri.. nurse kata uri cantik.. tali pusat besar tapi pelik kita tak rasa contraction sampai la dah hujung2.. 

Alhamdulillah proses bersalin memang terasa mudah dan sekejap.. tapi macam anak yang pertama, tak dapat pegang anak dan kena dihantar ke NICU..

kita pun bersendirian balik sampai la dibawa ke wad.. duduk dalam wad tengok orang lain berteman baby, buat kita berfikir.. agaknya sampai bila-bila kalau melahirkan memang akan jadi mcm ni la nampaknya.. (untuk pregnancy kali ni kita selalu bayangkan yang baby lahir full term, dapat tidur sama-sama lepas lahir dan dapat balik rumah sama-sama)

Bila orang kata jangan sedih jangan nangis, awalnya takde rasa sedih atau nak nangis, mungkin sebab dah pernah lalui masa Rayyan, cuma terkejut baby nak keluar seawal ni.. dan bila dah keluar seawal ni, kita semua maklum baby akan ditahan sampai sekurang-kurangnya dia 34 minggu untuk pastikan organ-organ semua matang dan boleh berfungsi dengan baik.. 

Satu benda yang pasti, semakin kerap kami suami isteri pergi tengok baby, pegang baby, hantar susu.. kita jadi semakin rindu.. rindu pada anak perempuan kita.. insyaAllah dia anak yang kuat, anak yg dirahmati.. sebab tu Allah bagi ujian ni :)

Dengan penuh kasih sayang, kami namakan anak perempuan kami, Nur 'Illiyyin binti 'Umar.



No comments:

Post a Comment