Thursday, March 5, 2015

Kisah Nur 'Illiyyin: Minggu 2

27 Februari 2015

1.30PM
Harini hari ke8 'Illiyyin duduk di NICU. 

Setakat harini, 'Illiyyin dah minum 9cc. Alhamdulillah, she is tolerating well.

Cuma masa Ummi Daddy sampai NICU td, tengok 'Illiyyin lain macam, Ummi terfikir "salah position ke..". Ummi try adjust, tapi masih nampak lain. 

Ummi check badan 'Illiyyin, rupanya tangan kanan dan bahu kanan 'Illiyyin dah bengkak. 



Lepas bagitau nurse, baru nurse perasan. Lepas tu, doktor pun tukar line. Kesian 'Illiyyin..

Untuk harini, susu yang Ummi dapat buat stok 2 botol, Ummi dapat hantar pada 'Illiyyin 3oz :)



Masa nak balik, Ummi mintak Daddy ambik gambar Ummi depan lorong ke NICU tu. Ummi kata "nak ambik gambar buat kenangan, mana tau lepas ni dapat pindah hospital". Hehe



Nampak tak ada guard kat belakang tu? Ada cerita lucu dengan guard tu, nanti cerita maybe in the next post.. nantikan.. hehe

28 Februari 2015

1.30PM
Harini, Ummi Daddy datang hospital bawak Abg Rayyan. Jadinya kena gilir-gilir masuk NICU. Ummi masuk dulu.

Ummi masuk terus simpan susu 'Illiyyin, ada dalam 5oz. Ummi pergi kat spot 'Illiyyin, tengok nurse tengah kemas-kemas dan ada incubator lain tengah standby. Rupanya dorang nak transfer 'Illiyyin ke Wad 6c. Dah siap semua, bila call wad, katanya belum boleh sebab wad packed, ada kes baru. 

Ummi tanya nurse, nurse kata 'Illiyyin dah minum 13cc. Alhamdulillah cepat tu menaik. Ummi tanya nurse, " bila baru boleh direct feeding eh?"
 Nurse kata tengok berat, kalau berat dah sampai 1.5-1.6kg, boleh dah direct feeding. 

Stok susu yang Ummi dapat simpan dari perahan semalam ada lebih kurang 15oz. 



8.00PM
Malam pun sama, kena bawak Abg Rayyan sebab nenek tinggal sorang, kesian nenek nak kena tengokkan 3 orang budak tu sekaligus.

Ummi masuk NICU, basuh tangan terus nak pegang 'Illiyyin. Masa Ummi bukak lubang nak masuk tangan tu, Ummi bau masam. Tengok 'Illiyyin pun restless, rupanya awak berak. Hehe. Ummi pun tukarkan pampers 'Illiyyin. Seronok rasanya dapat tukar pampers 'Illiyyin first time.

Bila cerita kat Daddy, Daddy tanya," macam mana, ada rasa awkward tak?" Ummi jawab takdela awkward, ok je biasa dah cuma rasa lain bersihkan anak perempuan, mungkin sebab dah biasa uruskan anak lelaki hehe :D

1 Mac 2015

10.30AM
Harini Ummi melangkah masuk NICU dengan hati yang sayu sebab petang nanti Daddy nak balik KL dah, hujung minggu baru jumpa nanti.

'Illiyyin mesti dapat rasakan 'ketiadaan' sentuhan tangan Daddy yang selalu datang, belai dan suara yang selalu bersembang dengan Illi setiap hari 2 kali.


Abang Rayyan apatah lagi, sepanjang seminggu yang lepas Daddy yang uruskan, asyik berkepit je dengan Daddy. Mesti Abg Rayyan mencari bila Daddy dah balik. Sekarang ni kalau bagitau yang Daddy nak balik pun dia tak faham.


Ummi pun of course terkesan sebab dok ulang alik hospital dengan Daddy. Lepas ni Ummi pergi melawat 'Illiyyin sorang-sorang. Harapnya semua urusan lepas ni dipermudahkan dengan takdenya Daddy kat sini..

8.30PM
Malam ni Ummi pergi ke hospital dihantar oleh Baba. Ummi rindu Daddy, lalu jalan nak ke hospital pun teringat kat Daddy. Yelah, dalam kereta sepanjang perjalanan pergi balik hospital tu ada ketawa, ada cerita, ada bergaduh juga. Haha

Rayyan nampak sangat rindukan Daddy dia.. tak sanggup Ummi nak mendengar Rayyan menangis. Huhu

Alhamdulillah, doktor kata 'Illiyyin tak banyak kerenah, semua nampak elok takde masalah. Setakat malam ni, 'Illiyyin dah minum 17cc. Esok pagi dorang nak naikkan jadi 19cc.

2 Mac 2015

2.00PM
Minggu ni Ummi decide untuk datang tengok 'Illiyyin sehari sekali sebab tak nak menyusahkan orang nak hantar dan jemput balik. Lagi satu tak perlu nak harungi kepayahan meninggalkan Abg Rayyan dua kali sehari.

'Illiyyin nampak sihat dan makin comel. 'Illiyyin dah minum 21cc, malam ni mungkin 26cc. Drip pun tinggal last bag yang tengah masuk ni. Doktor kata boleh pindah wad 6c dah tapi duduk NICU lagi selesa kot dari wad 6c. :p


4 jam lebih Ummi duduk dengan 'Illiyyin. Sampaikan masa nak balik, Ummi rasa sayu sangat sebab kena berjauh lagi dengan Illi. Dah la harini Illi banyak celik mata. Mata Illi cantik, besar..


Harini Ummi bawa 2 bekas susu untuk Illi, nurse kata mujur Pn bawak lagi sebab yang ada tu nak habis dah. Memang banyak anak Ummi minum.. bagus alhamdulillah :)

3 Mac 2015

2.00PM
Masa Ummi sampai kat 'Illiyyin, Ummi tengok lampu pasang balik. Dalam hati Ummi, "ala, phototherapy, memang betul la kuning semalam tu".



Lepas tu teringat pump susu tapi yang malangnya, corong pump tertinggal. Huhu. Serius, Ummi rasa nak menangis. Terpaksa la marmet kat belakang, sejam buat tu tapi dapat tak sampai 1oz. Dulu biasa la jugak marmet, kali ni sebab baru lagi, so tak biasakan lagi..

Masa nurse bagi susu kat 'Illiyyin, nurse bagitau dorang cuba bagi 26cc kat Illi tapi Illi tak hadam 2 kali. Jadi, dorang turunkan balik jadi 21cc.

Semalam dah timbang Illi, berat Illi naik jadi 1415g, naik 45g dari 1370g hehe..


Bekal Ummi utk 'Illiyyin untul harini, hopefully sihat la 'Illiyyin dengan susu Ummi.. jom la kita balik rumah 'Illiyyin, Ummi tak tahu selama mana Ummi mampu nak hadapi semua ni.. Huhu

4 Mac 2015

Kan kami ada minta transfer ke Hospital Kajang/Serdang/Putrajaya kan? Baru harini dapat dengar feedback dari doktor. Tiga-tiga hospital tu penuh. Huhu

Hari 3 Mac tak banyak update melainkan kesedihan semata-mata...

5 Mac 2015

Cukup 2 minggu 'Illiyyin duduk di NICU. Untuk harini, Ummi duduk sekejap je dengan 'Illiyyin, tak sampai 2 jam. Sebab Ummi kesiankan Abg Rayyan. Abg Rayyan demam dari semalam.

'Illiyyin pulak dah full feeding, dah off drip, sekarang just tunggu nak sampai 34 weeks untuk direct feeding and gain weight.

Perbezaan 2 minggu

Disebabkan sekarang Illi dah minum 26ml setiap feeding, Ummi kena standby susu lebih, takut tak cukup

Thursday, February 26, 2015

Kisah Nur 'Illiyyin: Minggu 1



22 Februari 2015

Alhamdulillah, anak perempuan kami dah off CPAP, cuma perlu sedikit bantuan oksigen memandangkan ada episod 'apnea'. 

Ummi ada bawa susu untuk 'Illiyyin tapi 'Illiyyin belum boleh tolerate susu.. 

23 Februari 2015

10.00AM
Kami suami isteri pergi melawat puteri kami, 'Illiyyin, doktor kata so far so good cuma baby belum boleh tolerate susu. Takpe adik, adik minum susu Ummi slow2. Yang penting adik sihat dan selamat. 

Doktor kata nampak kuning sikit, jadi doktor dah mula phototherapy. Patutla anak Ummi bercermin mata, macam Robocop, daddy kata :D

Saya tengok anak perempuan saya cantik sangat walaupun dia kecil, kurus.. Ummi tak sabar nak sembang-sembang dengan adik. 

9.00PM
Alhamdulillah, doktor kata dah 3 kali adik minum susu Ummi. Lepas ni boleh minum banyak-banyak bagi cepat sihat dan naik berat badan k..

24 Februari 2015

12.00PM
Feeding baby ok so far alhamdulillah, takde kembung perut atau lain-lain masalah. Sekarang tengah tunggu bowel movement dia. In the meantime, baby dah start phototherapy, jaundice baby 198. Baby nampak relax sangat, macam berjemur bawah matahari hehe :D



Berat baby dah menurun sikit, dari 1.42kg jadi 1.25kg. Ini memang perkara biasa untuk mana-mana baby, so tak risau sangat.

Dan yang happynya, masa tanya doktor "possible tak nak mintak tukar hospital?" Doktor kata possible provided hospital yang nak dituju tu ada kelengkapan semuanya untuk baby pramatang. 

Satu lagi good news, baby is negative from GBS. Alhamdulillah.. kalau tak lagi senang dapat infection and so on. 

Untuk harini, Ummi hantar 2 oz susu dalam 2 bekas supaya senang adik nak menyusu dan tak membazir. 

25 Februari 2015

11.00AM
Harini Ummi happy sangat sebab masa Ummi sampai, Ummi tengok 'Illiyyin dah off phototherapy, dah tak dependent on oxygen, yang paling best dah boleh tengok muka comel 'Illiyyin. Comel sangat. 'Illiyyin banyak ikut muka daddy. Mesti lawa dah besar nanti ;) 




Doktor kata 'Illiyyin dah minum 4cc, petang nanti kalau 'Illiyyin okay, nak naikkan jadi 5cc pulak. Alhamdulillah thummalhamdulillah. Doktor kata 'Illiyyin dah berak jugak. 

Untuk pagi ni, Ummi hantar 2oz susu dulu, selebihnya Ummi buat stok :) 


Ini stok susu perahan semalam, baru masuk freezer pkl 9am tadi. Nurse dah pesan, "jangan lupa perah especially waktu malam dari 12am - 6am sebab masa tu hormon tengah tinggi. Kalau tak biasakan, nanti lama-lama susu jadi kurang. 

26 February 2015

11.00AM
Waktu kami sampai NICU, suami pergi simpan susu, bila suami datang kat saya, suami kata "itu je susu untuk 'Illiyyin, susu yang kita bawak tadi." Dah 7cc rupanya dia minum sekarang dan 3 jam sekali. Nurse kata nanti datang lagi kena bawak sekurang-kurangnya 3 bekas. Apa lagi, Ummi kerapkan sesi mengepam dari 3 jam sekali jadi 2 jam sekali. Sekarang kena melekap dengan pam je la jawabnya. 



Setakat pukul 4.30 pm tadi, dah cukup 3 bekas, total 7oz (lebih kurang 140ml). Sebab lepas ni 'Illiyyin akan minum lebih lagi. Kalau takde masalah, volume susu akan tambah 1cc setiap kali lepas 3 percubaan. 

Untuk stok susu kat rumah pulak, untuk harini, tangkapan dapat sebanyak 13oz menjadikan jumlah semuanya setakat 3 hari ialah 35oz. Alhamdulillah semoga Ummi dapat simpan stok banyak lagi untuk 'Illiyyin..


Tuesday, February 24, 2015

Rayyan @ 26 months

Abg Rayyan punya perkembangan pada umur 26 bulan atau 2 tahun 2 bulan:

1) Bergelar 'abang' secara mengejut dan masih belum kenal siapa adik. Hehe
2) Lebih pandai bersosial memandangkan tinggal di Ipoh ni ada ramai kawan sebaya, jadi orang kata 'akal tu sama' :P
3) Boleh sebut ba. Ceritanya macam ni, Abg Rayyan bawa huruf 'B' tunjuk kat Ummi, Ummi sebut B, Rayyan sebut 'ba'. Ummi sebut lagi 'B', Rayyan sebut 'ba'. Sudahnya daddy kata kita mencarut..
4) Masih lagi manja dan menangis kalau kena tinggal, macam sekarang ni Ummi Daddy kena berulang ke hospital untuk tengok adik, Abg Rayyan dengar bunyi enjin kereta pun dah menangis.
5) Abg Rayyan kuat makan. Pantang tengok orang makan, mesti nak jugak, sekurang-kurangnya nak rasa.
6) Percaya atau tak, di umur ni masih minum dengan botol. Huwaaa


Sunday, February 22, 2015

Kelahiran Puteriku

19 Februari 2015

Sebelum bertolak ke Ipoh, sempat mengemas rumah, basuh bilik air, mesin kain, lipat kain, susun barang-barang yang bersepah, vacuum rumah.. lepas semua dah siap, kitorang pun mulakan perjalanan ke Ipoh. 

Masa dalam kereta, rasa loya2, bila suami berhenti kat Petronas untuk isi angin tayar, sempat pergi muntah sekejap..

Memandangkan semua orang pun tak sarapan lagi and nak jalan jauh, kitorang berhenti kat Subway untuk beli bekal.. orang dah mula ramai and ingredients pun banyak yang dah habis.. settle beli Subway, kitorang teruskan perjalanan..

Sambil2 scroll Instagram, ada orang update yang traffic menghala ke Rawang sesak dari Tol Jalan Duta.. sah! Banyak sgt kereta.. and memang slow bergerak.. Perjalanan yang biasanya ambik masa 2 - 2 jam setengah jadi 5 jam lebih.. nak2 pulak ibu mengandung ni bladder cepat penuh, tapi nak berhenti R&R pun fikir banyak kali sebab orang ramai sangat and kena parking jauh..

Kita pun tahan jela, dengan anak yg duduk dekat riba.. tak sangka rupanya itu antara saat-saat akhir sebelum kita bersalin.. saat akhir memangku Rayyan dengan perut yang memboyot..

Sampai je kat pagar rumah, hujan lebat sangat, suami kata kita kena jalan laju2.. keluar je pintu kereta, pop! Jalan laju lg.. sampai depan pintu rumah, kaki rasa basah.. ingatkan dah terkencing tapi air tu tak berhenti mengalir.. kita pergi bilik air check, memang kita yakin ni bukan air kencing, ni air ketuban! 

Kita dah panik sebab baru 30 minggu, tak expect beranak seawal ni.. and takut jugak jadi apa-apa kat baby macam masa Rayyan dulu. So terus pergi hospital KPJ Ipoh tapi sebab 30 weeker, diaorang tak ambik case ni and mintak pergi GH. Tapi buat jgk CTG untuk tengok condition baby..

Then terus ke GH, masuk dewan bersalin, doktor check, doktor kata membrane masih intact, air keluar ikut atas, tapi OS dah 4 cm (sama mcm Rayyan dulu), position baby ok, and masa tu estimated weight baby 1.5kg..

Another CTG was done there and then diaorang letak kat wad ABC utk administer ubat, tapi malangnya tak boleh ambik 1 ubat ni sebab tachycardia, jadi diaorang transfer ke labour room untuk administer Mag Sulph (kita difahamkan ubat ni untuk tahan supaya melambatkan atau menghentikan contraction).. masa kat wad ABC tadi, sempat ambik dexa 1 dose.

Doktor-doktor and nurses tanya ada sakit lagi tak, kita kata kita tak sakit, datang sini sebab air ketuban pecah.. tapi bila nurse pegang perut, nurse kata memang ada contraction.. (kita yang tak rasa)

Masa masuk je Mag Sulph tu, fuhh tak sangka ubatnya macam tu, walaupun doktor dah explain effects ubat tu tapi selagi tak rasa memang tak tau.. ubat tu memang buat badan rasa panas, pedih, rasa disoriented, pening semua lah.. 

Lepas dah selesai masuk Mag Sulph yang pekat, sambung dengan volume yg cair, masa ni yang mula rasa sakit contraction.. terus rasa sakit yg 5 minit sekali.. bila bagitau nurse, nurse kata "takde apa.. tapi kalau baby nak keluar jgk, kita nak buat mcm mana.. "

Makin lama sakit makin kuat, dah inform suami, masa tu dah risau macam mana nak tahan sakit tanpa suami kat sebelah.. bila doktor buat VE for the 2nd time, doktor kata OS 5 cm tapi membrane absent, memang kena standby untuk bersalin la.. sampai la satu waktu, sakit jadi 1 minit setengah ke 2 minit sekali.. tanya doktor boleh tak nak panggil suami masuk.. doktor kata boleh. Try call suami, dapat call sekali je sebab dh sakit sangat, badan dah tak larat.. tapi suami tak angkat sebab tertidur.. memang semua keletihan, dari dalam kereta sebab traffic jam dan insiden-insiden selepas tu.. 

20 Februari 2015 

Pukul 12 lebih kita bagitau nurse yang dah ada rasa nak teran, doktor dan nurse kata tahan sekejap sebab nak administer ampicillin.. ingat lagi, masa nak buat line baru (1 line dah ada untuk administer Mag sulph), sakit contraction datang, kita cakap dgn doktor, "sekejap doktor, tengah contraction ni.." haha.. yela, takut tgh restless menahan sakit contraction, kalau masuk jarum masa tu nanti takut tak jadi pulak.. 

Dah habis sakit contraction tu, doktor buat line.. sambil buat line tu sakit contraction datang.. time ni la, semua orang kata tahan jangan teran, bagi masuk ubat ni pun jadi la.. asalnya nak ambik pethidine untuk tahan sakit tapi tak sempat.. jadi ceritanya, sambil masuk ubat sambil tahan nak teran sambil sakit contraction datang 3 kali berturut-turut.. akhirnya plup keluar baby.. tepat pukul 12.40am.. 

Nurse tunjuk jantina baby, baby terus diangkat pergi untuk doktor check.. nurse tunjuk dan tunggu kita sebut girl.. hehe

Lepas tu, keluarlah uri.. nurse kata uri cantik.. tali pusat besar tapi pelik kita tak rasa contraction sampai la dah hujung2.. 

Alhamdulillah proses bersalin memang terasa mudah dan sekejap.. tapi macam anak yang pertama, tak dapat pegang anak dan kena dihantar ke NICU..

kita pun bersendirian balik sampai la dibawa ke wad.. duduk dalam wad tengok orang lain berteman baby, buat kita berfikir.. agaknya sampai bila-bila kalau melahirkan memang akan jadi mcm ni la nampaknya.. (untuk pregnancy kali ni kita selalu bayangkan yang baby lahir full term, dapat tidur sama-sama lepas lahir dan dapat balik rumah sama-sama)

Bila orang kata jangan sedih jangan nangis, awalnya takde rasa sedih atau nak nangis, mungkin sebab dah pernah lalui masa Rayyan, cuma terkejut baby nak keluar seawal ni.. dan bila dah keluar seawal ni, kita semua maklum baby akan ditahan sampai sekurang-kurangnya dia 34 minggu untuk pastikan organ-organ semua matang dan boleh berfungsi dengan baik.. 

Satu benda yang pasti, semakin kerap kami suami isteri pergi tengok baby, pegang baby, hantar susu.. kita jadi semakin rindu.. rindu pada anak perempuan kita.. insyaAllah dia anak yang kuat, anak yg dirahmati.. sebab tu Allah bagi ujian ni :)

Dengan penuh kasih sayang, kami namakan anak perempuan kami, Nur 'Illiyyin binti 'Umar.



Monday, February 9, 2015

Apa yang dicari dalam sebuah perkahwinan?

Apa yang dicari dalam sebuah perkahwinan?
Jika kesempurnaan, kau takkan pernah jumpa.
Jika kebebasan, ikatan akan sentiasa membelenggu.
Jika kebahagiaan, benarkah hanya dalam perkahwinan ia tersimpan?
Jika penghormatan, sediakah kau dengan bayaran?
Ia satu perjalanan, yang sentiasa berubah haluan,
kerana tidak sama, semalam hari ini dan masa depan.

Apa yang paling mahal dalam perkahwinan?
Bukan mahar atau hantaran,
tapi keikhlasan dan kejujuran.
Sungguh tak semua mampu,
menjunjung amanah di bahu,
kerana manusia tiada daya seribu.

Lantas mana hendak dituju
Bagaimana memujuk hati yang satu
Di waktu ia retak seribu
Terhentak dek ujian bertalu-talu
Sungguh.. janji Tuhan takkan termungkiri
Kerana Dia yang menguasai
Alam dan seluruh isi
Di sini dan dunia hakiki


10 Februari 2015